TAMPIN, 17 Ogos ( Bernama) -- Seorang guru besar sekolah jenis kebangsaan Cina di Gemencheh meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di pejabatnya hari ini.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada 11.25 pagi dan difahamkan mangsa berehat di biliknya kerana kurang sihat.
“Siasatan awal mendapati wanita berusia 44 tahun itu telah menghadiri Program Hari Usahawan di sekolah.
“Pada 9 pagi, rakan mangsa mendapati wanita itu tidak sedarkan diri dan membawanya ke Klinik Kesihatan Gemencheh sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Amiruddien berkata mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial