Kemuka Butiran Matan Palsu: Guru Besar, Ketua Pembantu Tadbir Direman

20/08/2025 02:46 PM

IPOH, 20 Ogos (Bernama) -- Seorang guru besar dan ketua pembantu tadbir sebuah sekolah di Kamunting direman empat hari hingga Sabtu depan bagi membantu siasatan kes mengemukakan beberapa butiran matan palsu bernilai kira-kira RM45,000.

Perintah reman terhadap kedua-dua wanita berusia 59 dan 55 tahun itu dikeluarkan Majistret Noor Azreen Liyana Mohd Darus bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 18 dan Seksyen 28 Akta SPRM 2009.

Kedua-duanya ditahan kira-kira 4 hingga 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Perak di Bandar Meru Raya di sini.

Difahamkan, kedua-dua wanita itu mengemukakan sembilan baucar bayaran yang disyaki mengandungi butir matan palsu berkaitan pembekalan makanan dan minuman untuk 13 program sekolah yang dilakukan dari 2023 hingga 2025.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan