Kanak-kanak Lelaki Ditemukan Lemas Di Pasir Puteh

20/08/2025 05:44 PM

KOTA BHARU, 20 Ogos (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan lemas di Kuala Sungai Kampung Kuala Semerak, Pasir Puteh, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Supt Zaizul Rizal Zakaria berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 7.35 malam dan bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai polis bergegas ke lokasi kejadian dan menemukan mayat kanak-kanak itu di tebing sungai.

“Mayat dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memohon kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi Ketua Balai Selising, Sjn Mej Mohd Aizirul Azhari dengan menelefon 019-4567181 atau hubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh di 09-7867222.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan