Empat Lelaki Direman Bantu Siasat Kes Bunuh Di Sungai Kelantan

03/09/2025 03:40 PM

KOTA BHARU, 3 Sept (Bernama) -- Empat pekebun sawit dan getah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki di Sungai Kelantan berhampiran Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini pada 24 Ogos lepas.

Perintah reman terhadap empat lelaki berusia lingkungan 50-an itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid bermula hari ini hingga Selasa depan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata, tahanan reman tersebut bertujuan membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah akibat kesan kelar pada bahagian leher.

“Mangsa merupakan warga tempatan dan usaha sedang dijalankan bagi mengenal pasti identitinya melalui padanan cap jari serta laporan DNA,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 25 Ogos lepas, Bernama melaporkan mayat seorang lelaki dengan kesan luka di leher ditemukan terapung di tebing Sungai Kelantan berhampiran Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan