Pemandu Maut, Kereta Bertembung Pacuan Empat Roda Di Bintulu

15/09/2025 09:42 AM

BINTULU, 15 Sept (Bernama) -- Seorang pemandu maut manakala empat lagi cedera ringan dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat roda di Pantai Tanjung Batu menghala ke Pantai ABF, Kidurong di sini, malam tadi.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa dikenali sebagai Ansam Maja, 39, ditemukan tidak sedarkan diri dan tersepit di tempat duduk pemandu sebuah Proton Persona.

“Pihak bomba mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas sebelum beliau disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan, kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Empat mangsa yang menaiki kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton berjaya dikeluarkan orang awam sebelum bomba tiba di lokasi, dan hanya mengalami kecederaan di kepala serta kaki,” menurut kenyataan itu.

Panggilan kecemasan diterima pada 7.41 malam sebelum satu Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu melibatkan sembilan anggota bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi pada 7.50 malam.

“Selepas mengeluarkan mangsa tersepit, pasukan bomba turut membersihkan tumpahan minyak di jalan raya akibat kemalangan itu, dan operasi ditamatkan pada 8.46 malam,” jelas kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan