Mayat Bayi Ditemukan Di Pesisir Sungai Air Kala, Gerik

15/09/2025 11:02 PM

IPOH, 15 Sept (Bernama) -- Mayat seorang bayi yang masih belum dikenal pasti jantinanya ditemukan di pesisiran Sungai Air Kala, Selat Pagar, dekat Gerik, kira-kira 121 kilometer dari sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Abdul Samad Othman berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan itu kira-kira pukul 2.15 petang.

Beliau berkata jantina dan bangsa bayi berkenaan masih belum dapat dikenal pasti.

"Mayat bayi itu sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

"Polis memandang serius kes seumpama ini dan menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan