PADANG BESAR, 19 Sept (Bernama) -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis merampas pelbagai barangan termasuk dadah dengan nilai RM43.25 juta dari 1 Jan hingga 31 Ogos, kata pengarahnya Ismail Hashim.
Beliau berkata rampasan itu melibatkan 98 kes dengan lapan kes dadah mencatatkan nilai tertinggi iaitu RM23.25 juta, rokok elektronik (tiga kes, RM12.90 juta), barangan lain (36 kes, RM4.84 juta), barangan sejuk beku (tiga kes, RM1.09 juta) dan tayar (tiga kes, RM694,079).
“Selain itu, rampasan juga melibatkan ketum (enam kes, RM231,425), rokok (30 kes, RM121,091), mata wang (satu kes, RM65,000), mercun dan bunga api (tiga kes, RM16,741), barangan bersubsidi (dua kes, RM10,591) serta minuman keras (tiga kes, RM9,350),” katanya pada sidang media di Stor Penguatkuasaan Padang Besar di sini hari ini.
Ismail menasihatkan orang ramai tidak terlibat penyeludupan dan membantu usaha JKDM membanteras kegiatan itu.
“Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara daripada segi ketirisan hasil malah turut mendatangkan ancaman keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial