Polis Mohon Kerjasama Kesan Wanita Hilang

19/10/2025 08:56 PM

JOHOR BAHRU, 19 Okt (Bernama) -- Polis memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang wanita berusia 20 tahun yang dilaporkan tidak pulang ke rumah setelah keluar pada pukul 1.30 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata individu yang dikenali sebagai S.Dhurgashri itu mempunyai ketinggian 155 cm dan berat sekitar 45 kilogram.

Beliau berkata wanita berketurunan India itu mempunyai rambut lurus berwarna coklat, berkulit cerah, bentuk mata yang kecil dan berwarna hitam serta memiliki kening yang agak tebal serta bentuk badan yang kurus.

“Sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat terhadap individu berkenaan yang alamat terakhirnya di Taman Puteriwangsa, Ulu Tiram itu boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Insp Muhd Hafizuddin Zakaria di talian 07-218 2323.

“Orang ramai juga boleh berhubung terus dengan mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan