ALOR SETAR, 19 Okt (Bernama) -- Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditemukan lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di Air Terjun Sungai Teroi, Rimba Rekreasi Lubuk Kawah, di Yan, kira-kira 40 kilometer dari sini, petang ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.18 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan digerakkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, bomba dimaklumkan bahawa seorang remaja lelaki dipercayai lemas ketika mandi di kawasan air terjun bersama rakan-rakannya.
“Operasi mencari di permukaan air dilakukan sebelum anggota turut menyusuri sungai bagi mengesan mangsa. Remaja berkenaan ditemukan pada pukul 8.40 malam kira-kira 500 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang,” katanya.
Menurut kenyataan itu, pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial