BUKIT MERTAJAM, 18 Dis (Bernama) -- Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di Seberang Jaya, awal bulan ini.
Khairul Rizuan Abdullah, 28, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, Khairul Rizuan didakwa membunuh Wan Khairul Safinah Ishak, 44, di sebuah rumah di Flat Tuna, Seberang Jaya pada 4 petang, 8 Dis.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah disebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Anis Suhada Rosli tidak menawarkan jaminan memandangkan ia kesalahan tidak boleh dijamin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan sebutan semula pada 10 Feb untuk laporan bedah siasat dan kimia.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial