Mayat Lelaki Reput Ditemukan Di Tepi Sungai Bayu Puteri

18/12/2025 04:05 PM

JOHOR BAHRU, 18 Dis (Bernama) -- Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan dalam keadaan kembung dan mereput di tepi Sungai Bayu Puteri berhampiran Pangsapuri Panorama di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata pihaknya menerima maklumat penemuan itu pada 5.58 petang.

“Siasatan awal tidak menemukan dokumen pengenalan diri dan tiada tanda suntikan BCG selain cap jari pula tidak boleh dilakukan kerana kulit yang mengelupas.

“Bedah siasat dilakukan di Unit Forensik Hospital Sultanah Aminah dan punca kematian tidak dapat dipastikan kerana mayat telah reput,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Raub berkata setakat ini tiada laporan orang hilang diterima di Balai Polis Permas Jaya di sini yang sepadan dengan fizikal mangsa dengan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau meminta orang awam mempunyai maklumat menghubungi Ketua Balai Polis Majidee Inspektor Khairul Naqwan Md Razip menerusi talian 010-6610 620.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan