Warga Thailand Maut Kemalangan

04/01/2026 11:09 AM

JERTIH, 4 Jan (Bernama) -- Seorang lelaki Thailand maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung sebuah kereta di jambatan Kuala Besut di sini petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Md Sani Md Saleh berkata pihaknya menerima maklumat pada 3.30 petang dan Adnan Bueraheng, 51, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

Kemalangan juga menyebabkan isteri mangsa berusia 48 tahun yang membonceng motosikal itu cedera.

“Siasatan awal mendapati mangsa memotong di garisan putih berkembar dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan