KANGAR, 7 Jan (Bernama) --Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 25 Feb untuk pengurusan kes saman pemula yang difailkan tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Rus’sele Eizan dan DUN Perlis, berhubung pengisytiharan kekosongan luar jangka bagi kerusi yang diwakili mereka.
Hakim Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas menetapkan tarikh itu semasa kes disebut di hadapannya.
Tiga bekas ADUN itu Mohd Ridzuan Hashim, Fakhrul Anwar Ismail dan Saad Seman diwakil peguam Mohd Jamil Yaacob manakala Speaker DUN dan DUN Perlis diwakli Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, Yang Zaimey Yang Ghazali bersama Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis Che Rohana Ismail.
Saman pemula itu difailkan pada 2 Jan lepas, menamakan Rus’sele sebagai defendan pertama dan DUN Perlis sebagai defendan kedua.
Sebelum itu, pada 25 Dis lepas, Rus’sele mengumumkan berlaku kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Chuping, DUN Bintong dan DUN Guar Sanji selepas keahlian tiga wakil rakyat PAS itu terhenti serta-merta, selaras Fasal (1)(a)(ii) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis.
Keputusan itu susulan kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang pada 24 Dis lepas yang memaklumkan keahlian ketiga-tiga ADUN terbabit terhenti berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan PAS (Pindaan 2025).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial