KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Polis sedang mengesan seorang suspek dipercayai terlibat mencuri pakaian jemuran di sebuah rumah teres di Taman Cheras Indah di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairul Anuar Khalid berkata pihaknya mengesan satu video tular pada kira-kira 5 petang, memaparkan seorang individu memanjat pagar sebelum memasuki halaman rumah tersebut.
Beliau berkata polis turut menerima laporan daripada seorang wanita tempatan pada hari sama berhubung kehilangan pakaian dijemur di luar rumah yang disedarinya pada kira-kira 10 pagi.
“Pengadu telah membuat semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan seorang individu berpakaian jubah gelap memanjat pagar dan memasuki halaman rumah sebelum mengambil pakaian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Khairul Anuar berkata pemeriksaan mendapati hanya pakaian jemuran hilang dalam kejadian itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 379 serta Seksyen 447 Kanun Keseksaan iaitu kerana mencuri dan pencerobohan jenayah.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial