Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Dirujuk Kepada Jabatan Peguam Negara

06/06/2026 05:17 PM

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Dua kertas siasatan melibatkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M. Kumar dalam kenyataan hari ini berkata siasatan kes berkenaan telah diselesaikan dan kertas siasatan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara pada Khamis lepas.

Pada Rabu lepas, Kumar berkata PDRM telah merakamkan keterangan Azam mengikut peruntukan Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan.

Beliau berkata kes pertama membabitkan siasatan berhubung laporan artikel Bloomberg.com yang didakwa mengandungi kenyataan berunsur fitnah tentang pemilikan saham Velocity Capital Partner Berhad.

Kes kedua pula berkaitan dengan dakwaan penyalahgunaan kuasa dan ugutan jenayah terhadap seorang ahli perniagaan, iaitu Albert Tei.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan