KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Malaysia menduduki kelompok kelima tertinggi di dunia dan tempat teratas di Asia Tenggara dalam penembusan media sosial mudah alih, demikian menurut Hootsuite and We Are Social dalam laporan terkini Digital 2019.
Laporan itu menyebut penembusan Internet di Malaysia kini pada tahap 80 peratus, dengan pengguna membelanjakan purata lapan jam lima minit sehari secara dalam talian.
“Selama dua jam 59 minit daripada tempoh itu digunakan untuk sosial media.
“Menduduki tempat keempat dunia dalam penembusan sosial mudah alih, Malaysia mempelopori negara di Asia Tenggara, termasuk Singapura, di tangga keenam, diikuti Thailand (lapan) dan Filipina (10),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Malaysia katanya menawarkan peluang perniagaan yang unik, dengan 75 peratus pengguna Internet membelanjakan wang mereka untuk e-dagang, manakala 58 peratus membelanjakan wang untuk platform dagang mudah alih.
Berdasarkan laporan itum, Malaysia mengatasi Singapura dalam penggunaan perbankan mudah aliih, apabila 66 peratus daripada pengguna Internet di Malaysia menggunakan opsyen perbankan mudah alih berbanding 64 peratus di Singapura.
Ini memberi gambaran mengenai pergangtungan yang semakin tinggi ke atas platform mudah alih.
“Penggunaan aplikasi hailing juga popular di Malaysia apabila 48 peratus pengguna Internet menggunakan aplikasi seperti itu, ketiga tertinggi di dunia selepas Singapura dan Indonesia,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial