EKONOMI

Unit Cahya Mata Sarawak tubuhkan JV dengan CCCC

04/03/2019 07:12 PM

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Anak syarikat tidak langsung Cahya Mata Sarawak Bhd, PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd (PPESW) menubuhkan syarikat usaha sama (JV) dengan China Communications Construction Company (M) Sdn Bhd (CCCC) pada kadar 70:30.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, CMSB berkata syarikat JV itu, PPES Works CCCC JV Sdn Bhd (PPESW CCCC JV) merancang terlibat dengan tender pembinaan dan penyiapan dua projek yang masih belum disiapkan di Sarawak iaitu rangkaian jalan pesisir pantai dan jalan utama kedua.

“Modal saham terbitan awal oleh PPESW CCCC JV berjumlah RM10, merangkumi 10 saham biasa yang dipegang PPESW (70 peratus) dan CCCC (30 peratus),” menurut CMSB yang juga pembekal tunggal simen di Sarawak.

Menurut syarikat itu, penggabungan PPESW CCCC JV tidak akan memberikan kesan kepada pendapatan sesaham, aset bersih sesaham, modal saham terbitan, tahap kadar hutang dan/atau pegangan saham pemegang saham utama syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019.

PPESW merupakan 51 peratus milik CMS Works Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh CMSB.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan