AM

MB TERENGGANU DIANUGERAH DATUK SERI

22/07/2019 05:56 PM

KUALA TERENGGANU, 22 Julai (Bernama) -- Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kini bergelar Datuk Seri apabila Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Terengganu hari ini.

Beliau menerima Darjah Kebesaran Seri Setia Sultan Zainal Abidin (S.S.M.Z).

Selain Ahmad Samsuri, Sultan Mizan turut berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran - Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) yang membawa gelaran Datuk kepada sembilan individu iaitu Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Yahaya Ali; Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Zahari Md Azahar; Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, Zainal Abidin Hussin dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec), Kamaru Al-Amin Ismail.

Selain itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Mohd Azmi Mohamad Daham turut menerima gelaran yang sama, berserta empat lagi individu iaitu Mohd Shukri Azam; Mohd Rosli Janah; Che Mat Din Ismail dan See Kok Yem.

Istiadat pengurniaan gelaran dan bintang-bintang darjah kebesaran negeri itu berlangsung di Istana Syarqiyyah, di sini.

Hari ini, Sultan Mizan berkenan menyampaikan darjah kebesaran kepada seramai 53 penerima termasuk tiga anakanda baginda iaitu Tengku Nadhirah Zahrah, Tengku Muhammad Mua’az dan Tengku Fatimatuz Zahra’.

Senarai penuh penerima akan dikeluarkan pihak Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan