AM

Kaji semula penutupan khidmat tambah nilai kad Touch 'n Go - Azmin

07/11/2019 04:35 PM

KUALA LUMPUR, 7 Nov -- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) digesa mengkaji semula keputusan menutup perkhidmatan tambah nilai kad Touch ‘n Go (TnG) di lorong keluar plaza tol milik syarikat itu.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata PLUS perlu mengambil kira pandangan pengguna yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan tindakan itu.

Katanya, langkah menutup lorong tambah nilai TnG itu mungkin keputusan yang diambil pengurusan syarikat berkenaan.

PLUS menamatkan khidmat tambah nilai TnG berkenaan mulai 5 Nov bagi mengurangkan kesesakan ekoran aktiviti tambah nilai di semua plaza tol di wilayah utara (antara Hutan Kampung dan Ipoh Utara) dan wilayah selatan (antara Seremban dan Skudai).

“Saya berharap pihak pengurusan PLUS dapat meneliti semula keputusan tersebut dengan mengambil kira pandangan pengguna lebuh raya.

"Dan mereka (PLUS) harus menyediakan pilihan bagi kemudahan pengguna,” kata Mohamed Azmin  kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Tegas Mohamed Azmin, PLUS perlu memberi perhatian terhadap pandangan yang disuarakan pengguna termasuk badan bukan kerajaan (NGO) memandangkan kemudahan itu selama ini memberi keselesaan kepada mereka selaku pengguna lebuh raya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan