AM

Kerajaan Laksana Langkah Lebih Berkesan Tangani Penipuan Dalam Talian - Teo

08/01/2025 11:25 AM

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Kerajaan akan mengkaji strategi untuk masa depan dan melaksanakan langkah lebih berkesan bagi menangani isu penipuan atau scam dalam talian, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Beliau berkata menerusi kewujudan Portal Anti-Penipuan Kebangsaan dan kerjasama semua pihak berkepentingan, kerajaan juga akan terus mengambil tindakan tegas untuk membanteras jenayah scam

"Langkah seperti peralihan daripada penggunaan OTP (kata laluan sekali guna) berasaskan SMS (khidmat pesanan ringkas), pengetatan peraturan pengesahan dan penubuhan talian khas untuk melaporkan penipuan kewangan telah memberikan hasil yang positif.

“Namun, masih banyak lagi yang perlu dilakukan," katanya dalam catatan di Facebook.

Teo berkata isu mengenai penipuan dalam talian yang semakin berleluasa telah dibincangkan dalam pertemuannya bersama Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying petang semalam, yang turut disertai wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Bank Negara Malaysia.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan