KUCHING, 25 Jan (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sarawak kekal 123 orang daripada 34 keluarga pagi ini, dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di bahagian-bahagian Betong dan Bintulu.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan setakat 8 pagi ini, PPS Dewan Rumah Dayak di daerah Saratok, Bahagian Betong masih menempatkan 90 mangsa daripada 21 keluarga yang terjejas akibat banjir di Rumah Tembawai Kapok, Awik.
Sementara itu, 33 mangsa daripada 13 keluarga dari kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Muput juga masih berlindung di PPS Rumah Steven di daerah Tatau, Bahagian Bintulu.
Pemantauan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menunjukkan paras air meningkat di 18 lokasi di daerah Selangau, Matu dan Sebauh.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial