AM

Liga Sukan Uniti Akan Diperluas - Saraswathy

17/01/2025 02:53 PM

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Liga Sukan Uniti yang berjaya menarik kehadiran orang ramai pada tahun lepas, akan diperluaskan dari segi skala mahupun jumlah acaranya tahun ini.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara K Saraswathy berkata kementeriannya juga berhasrat melibatkan lebih ramai peserta bagi acara itu, selain turut menganjurkan program lain yang dapat memupuk nilai perpaduan dan kepelbagaian terutama dalam kalangan belia. 

“Bagi tahun ini, kita akan mengenal pasti acara yang lebih menarik untuk belia dan fokus untuk mempromosikannya. 

“Kita juga menganjurkan Liga Sukan Uniti yang melibatkan pasukan pelbagai etnik bagi menggalakkan interaksi yang lebih baik. Tahun lepas lebih 23,000 orang mengambil bahagian, kami harap jumlahnya lebih besar tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di program Ponggal Perpaduan di Kuil Sri Maha Mariamman Bukit Kiara di sini hari ini. 

Saraswathy berkata walaupun Ponggal disambut khusus oleh masyarakat India di seluruh negara, keunikan perayaan di Malaysia terletak pada penyertaan oleh semua masyarakat. 

“Kami berharap untuk menggalakkan penglibatan lebih besar daripada semua kaum agar makna amalan budaya ini dapat difahami dengan lebih baik,” katanya. 

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan