AM

Raikan Keberanian, Pengorbanan, Peranan Wanita - PM Anwar

08/03/2025 04:11 PM

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Hari Wanita yang disambut hari ini adalah bagi meraikan keberanian, pengorbanan dan peranan luar biasa wanita dalam membentuk masyarakat yang lebih adil dan sejahtera.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar turut menyifatkan ibunya Allahyarham Che Yan Hamid Hussein dan isteri tercintanya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai sumber kekuatan dalam menuntut keadilan serta meneruskan perjuangan demi rakyat. 

Dalam hantaran sama, Perdana Menteri turut berkongsi sekeping gambar beliau serta Wan Azizah bersama Allahyarham Che Yan Hamid Hussein.  

“Semoga kita terus memperjuangkan hak dan martabat wanita, memastikan mereka diberi ruang dan peluang yang saksama dalam semua aspek kehidupan,” katanya yang turut mengucapkan ucapan Selamat Hari Wanita. 

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan