AM

Lebih 10,000 dijangka hadir meriahkan PKNS Pilih Karnival Kota Puteri

28/07/2024 12:30 AM

KUALA SELANGOR, 27 Julai (Bernama) -- Lebih 10,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan program Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Pilih Karnival Kota Puteri yang berlangsung hari ini dan esok.

Pengurus Kanan Jualan PKNS merangkap pengarah program Ishak Hashim berkata ia berikutan sambutan pada program yang diadakan di Galeri Jualan Hartanah Kota Puteri di sini hari ini menggalakkan.

“Kehadiran pengunjung pada hari ini cukup bagus, bermula dengan acara zumba dari 8 pagi tadi hingga konsert pada sebelah malam, saya lihat sambutan menggalakkan.

“Program ini bertujuan merapatkan hubungan antara PKNS dengan pembeli sedia ada termasuk pembeli yang berpotensi.

“Kita jangkakan sambutan pada esok lebih menggalakkan. Kita ada sediakan ruangan parkir bersebelahan tapak karnival ini dan tandas bergerak. Kita juga ada sediakan anggota Jabatan Sukarelawan (RELA) untuk bantu pengunjung,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan malam ini.

Program berkenaan dirasmikan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKNS Md Kamarzan Md Rais.

Ishak berkata aktiviti bertemakan sukan rakyat menjadi tarikan utama pengunjung dengan pengisian program seperti permainan layang-layang, tarik tali, tiang licin dan pukul bantal.

PKNS Pilih Karnival merupakan langkah strategik PKNS untuk merapatkan hubungan dengan komuniti sambil mempromosikan produk perumahannya kepada umum.

Karnival itu turut dimeriahkan dengan pelbagai program menarik seperti pertunjukan laser, pertunjukan layang-layang moden, mini zoo serta gerai jualan makanan dan minuman.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah bernilai RM15,000 termasuk cabutan bertuah yang menawarkan sebuah motosikal jenama Modenas.

PKNS juga menyediakan baucar barangan elektrik jenama Samsung bernilai RM2,000 kepada 10 pembeli projek kediaman Puteri Ariana dan Puteri Ariana 2 di Kota Puteri yang membuat tempahan semasa dua hari program berlangsung.

Selain itu, beberapa rakan strategik PKNS antaranya Samsung, Maybank, Bank Islam, Bank Muamalat, Affin Bank dan Bank Simpanan Nasional turut membuka reruai pameran kepada pengunjung untuk memberi peluang kepada mereka mendapatkan informasi berkaitan pinjaman dan pembiayaan perumahan.

Siri karnival seterusnya akan diadakan di Antara Gapi, Serendah pada 24 dan 25 Ogos ini sebelum berakhir di Selangor Cyber Valley, Cyberjaya pada 28 dan 29 Sept.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan