AM

PM Anwar Akan Umum Projek Rumah Mampu Milik Libatkan Pelaburan Besar - KPKT

27/11/2024 05:12 PM

KOTA BHARU, 27 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengumumkan satu projek pembinaan rumah mampu milik melibatkan pelaburan bernilai RM13 bilion, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Beliau berkata pengumuman itu akan dibuat Perdana Menteri bulan depan, dan ia merupakan pelaburan paling besar dalam sejarah negara bagi projek berkenaan.

"Ini merupakan satu jumlah yang besar dan menunjukkan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam usaha memastikan semua rakyat mampu memiliki rumah, termasuklah penjawat awam. Sudah pasti penjawat awam juga tidak akan ketinggalan.

“Mereka (penjawat awam) juga akan diberikan ruang serta peluang, bagi yang memerlukan rumah mampu milik," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan rasmi dan meninjau Projek Menaik taraf Pasar Siti Khadijah, di sini, hari ini.

Beliau berkata perincian berhubung projek itu akan dimaklumkan oleh Anwar.

Semalam media melaporkan 688,663 daripada 1.3 juta penjawat awam yang masih berkhidmat belum memiliki rumah dengan majoritinya dalam kalangan kumpulan pelaksana.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan