KOTA KINABALU, 6 Dis (Bernama) -- Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) hari ini menafikan dakwaan berlaku aktiviti pembalakan haram di negeri ini seperti dilaporkan dalam dua artikel baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, JPS memaklumkan artikel itu telah secara silap memetik kenyataan akhbar yang dikeluarkan jabatan berkenaan.
"Ini tindakan tidak bertanggungjawab yang mempunyai niat jahat. Jabatan Perhutanan Sabah akan membuat laporan polis," menurut kenyataan itu.
Artikel itu ialah 'Illegal Logging In Sabah' yang diterbitkan pada 1 Disember dan “Sabah Forestry Admits Log Extraction and Export – Says Timber is Disease Ridden” pada 3 Disember oleh Sarawak Report.
Berkenaan dakwaan seperti yang terkandung dalam artikel pertama bahawa kayu balak dikeluarkan tanpa bayaran yang sepatutnya adalah tidak betul.
Mengenai isu wabak penyakit Ceratocystis, penyelarasan dengan Yayasan Sabah telah dilaksanakan untuk membendung dan menghapuskan ancaman yang dicetuskan oleh penyakit itu.
Isu berkenaan juga telah dibincangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri pada bulan lepas.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial