AM

ISTANA PAHANG NAFI ISTIADAT PERKAHWINAN BABITKAN TENGKU HASSANAL

10/12/2024 06:05 PM

KUANTAN, 10 Dis (Bernama) -- Istana Pahang hari ini menafikan satu hantaran tular berkenaan perkahwinan diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dengan seorang wanita, yang kononnya akan berlangsung pada April tahun depan.

Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata hantaran yang dimuat naik pengguna platform Instagram dengan nama Faridah Daud (faridah.daud_l) itu menyaksikan wanita berkenaan menerangkan majlis perkahwinannya bersama Tengku Hassanal. 

"Menurut hantaran pada cerita Instagram berkenaan, wanita tersebut mendakwa akan melangsungkan perkahwinan pada bulan April tahun depan, dan secara fitnah telah menyebut nama Tengku Mahkota Pahang sebagai pasangannya.

"Istana Pahang telah beberapa kali mengesan hantaran fitnah yang dimuat naik individu sama dan meminta orang ramai agar tidak mempercayai sebarang kenyataan yang dimuat naik selain portal rasmi Istana Pahang iaitu istanapahang.my," katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain portal tersebut, beliau berkata orang ramai boleh merujuk platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube yang hanya menggunakan nama akaun 'Kesultanan Pahang'.

"Tindakan tegas boleh diambil terhadap individu tersebut atau mana-mana pihak yang dikesan membuat sebarang hantaran berbaur fitnah atau mengganggu-gugat keharmonian khususnya Istana Pahang," katanya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan