PUTRAJAYA, 14 Dis (Bernama) -- Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata secara kumulatif, jumlah kes demam denggi sehingga kini adalah sebanyak 118,291 kes dengan 111 kematian berbanding 114,365 kes dan 87 kematian bagi tempoh sama tahun lepas.
"Terdapat 32 lokaliti aktif hotspot yang dilaporkan pada ME49. Daripada 32 lokaliti, 18 lokaliti adalah di Selangor, empat lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, masing-masing tiga di Negeri Sembilan dan Sabah serta masing-masing dua lokaliti di Pulau Pinang dan Perak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata hujan berterusan dan sampah yang hanyut akibat banjir boleh menyebabkan bilangan bekas takungan air yang menjadi habitat nyamuk Aedes meningkat.
"Oleh itu, adalah penting bagi masyarakat untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah pencegahan yang proaktif termasuk memastikan semua bekas berpotensi pembiakan segera dihapuskan dengan melaksanakan aktiviti gotong-royong sejurus selepas banjir surut," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial