AM

MRA Hantar Bantuan Lebih RM5.42 Juta Ke Palestin Sejak 2021

18/12/2024 09:43 PM

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Malaysian Relief Agency (MRA) terus komited untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin sejak tahun 2021 dan sehingga kini, jumlah sumbangan melebihi RM5.42 juta.

Presiden MRA Dr Mohd Daud Sulaiman berkata pihaknya bercadang mengagihkan bantuan kemanusiaan tambahan sebanyak RM1.2 juta kepada Palestin tahun depan, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan ialah RM6.7 juta.

“Sumbangan yang diberikan termasuk bantuan makanan, bukan makanan, perubatan, air bersih, pendidikan dan bentuk sokongan lain seperti bahan api untuk hospital, pemasangan panel solar di hospital dan pembinaan tempat khemah perlindungan sementara untuk pelarian,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pada bulan lepas, MRA berjaya menghantar lori kontena berisi tepung seberat 24 tan bernilai RM80,000 melalui laluan darat dari sebuah gudang di Amman, Jordan ke Gaza Utara hasil kerjasama rangkaian pertubuhan bukan kerajaan tempatan.

Selain mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Malaysia atas sokongan yang diberikan, Dr Mohd Daud mempelawa orang ramai yang ingin menyumbang kepada Tabung Bantuan Kecemasan Palestin untuk menghubungi ibu pejabat MRA di talian +603-9174 4672 atau menyumbang terus ke akaun Maybank 5640 9820 8020 di bawah nama Malaysian Relief Agency Berhad.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan