JENAYAH & MAHKAMAH

Selebriti Lelaki Disyaki Miliki Dadah Disambung Reman Empat Hari

19/12/2024 10:22 AM

PUTRAJAYA, 19 Dis (Bernama) -- Tempoh reman seorang selebriti tempatan yang ditahan baru-baru ini kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja disambung empat hari hingga Ahad ini, kata Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman.

Norhizam berkata proses sambung reman itu dibuat selepas kes berkenaan dirujuk kepada Majistret Mahkamah Sepang Muhammad Bukhori Md Ruslan berikutan tempoh reman lelaki berusia 41 tahun itu tamat hari ini.

“Tempoh reman selebriti ini disambung empat hari. Hari ini kes dirujuk kepada Majistret Muhammad Bukhori,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahad lepas, selebriti lelaki itu ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam satu serbuan oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang kira-kira 3.10 petang di sebuah rumah teres di Cyberjaya di sini.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati itu positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan