IPOH, 24 Dis (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM3.24 juta daripada lapan syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Perak, Changkat Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Syamsul Hazeman Md Salleh dalam kenyataan hari ini berkata penyerahan zakat berkenaan didahului Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad yang diwakili oleh Presidennya Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah dengan jumlah RM355,528.73.
Beliau berkata Metropolitan Utilities Corporation Sdn Bhd diwakili oleh Pengurus Besar Operasi Mohd Khairiri Mohamed Zubir pula menyerahkan zakat sebanyak RM215,840.00, manakala Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Islam Perak Sdn Bhd Amirul Hakim bin Abdullah menyerahkan zakat berjumlah RM1.09 juta.
Syamsul Hazeman berkata kemudiannya diikuti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional diwakili Ketua Eksekutif Ahmad Dasuki Abdul Majid dengan jumlah RM100,000.
"Sementara itu, UAC Berhad diwakili General Manager Government, Regulatory Affairs & Stakeholder Management Mohd Najib Mohd Seth sebanyak RM 576,015.33, manakala Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh Perak Berhad diwakili oleh Pengerusinya Salleh Hudin Kamarudin berjumlah RM582,424.23.
"Seterusnya, Pertubuhan Peladang Kawasan Seberang Perak diwakili Pengerusi Ahli Jemaah Pengarahnya Mohd Zamnuri Abidin dengan jumlah RM186,942.05," katanya.
Syamsul Hazeman berkata majlis penyerahan zakat diakhiri Sri Manjung Specialist Centre Sdn Bhd diwakili oleh Pengurus Besar Muhammad Tareq Mamat sebanyak RM124,000.
Majlis turut disaksikan antaranya Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin, Orang Kaya Besar Maharaja Diraja Datuk Dr Syed Jaafar Syed Aznan dan Orang Kaya Kaya Maharaja Lela Tanjana Putra Datuk Abdul Rahman Mohamed Hashim.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial