AM

JAWI Sedia Khidmat Pengurusan Jenazah Percuma Buat Warga Wilayah Persekutuan

30/12/2024 12:16 PM

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma bagi golongan asnaf, tidak berkemampuan, jenazah tidak dituntut atau tidak berwaris serta saudara baharu. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam hantaran Facebook hari ini berkata keutamaan akan diberikan kepada warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

"Antara sumbangan JAWI ialah menguruskan tuntutan fardhu kifayah tanpa mengira latar belakang dan umur bagi jenazah yang berwaris atau tidak berwaris, tidak dituntut, mualaf dan lain-lain.

"Khidmat JAWI kepada warga Wilayah Persekutuan ini patut diketengahkan sebagai satu agensi kerajaan yang sentiasa berkhidmat untuk ummah dan masyarakat khususnya di Wilayah Persekutuan," katanya.

Mohd Na'im berkata JAWI ialah sebuah jabatan yang sentiasa menjadi peneraju dalam pengurusan hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan termasuk dalam pengurusan jenazah, sejak awal penubuhannya.

Orang ramai boleh menghubungi pihak JAWI untuk mendapatkan bantuan dan keterangan lanjut mengenai perkhidmatan pengurusan jenazah melalui talian 03-2274 9333, e-mel ke aduan@jawi.gov.my atau saluran media sosial JAWI.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan