PASIR MAS, 18 Feb (Bernama) -- Yayasan Sime Darby (YSD) memperuntukkan RM1.2 juta untuk bantuan persekolahan 7,261 pelajar asnaf termasuk yang terkesan banjir tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif YDS Dr Yatela Zainal Abidin berkata program membabitkan sembilan negeri itu bertujuan memastikan pelajar terlibat dilengkapi dengan peralatan dan pakaian sekolah baharu.
"Bantuan ini bermula di Sabah, Sarawak, Pahang serta Kelantan dan akan diteruskan di Kedah, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.
"Secara keseluruhan, bantuan persekolahan ini memanfaatkan 7,261 pelajar di 52 sekolah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Kembali ke Sekolah di Sekolah Kebangsaan Meranti di sini hari ini.
Beliau berkata inisiatif itu turut mendapat sokongan daripada Sime Darby Berhad, Sime Darby Guthrie Berhad dan Sime Darby Property Berhad.
Kesemua bantuan berkenaan, katanya dijangka selesai disalurkan kepada sembilan negeri terlibat bulan depan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial