AM

Pelesenan Media Sosial: Langkah Tepat Kerajaan Lindungi Pengguna - Khoo

03/01/2025 08:51 PM

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Penyedia (ASP (C)) yang mewajibkan platform media sosial mendaftar lesen dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) langkah tepat kerajaan dalam melindungi pengguna.

Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong berkata langkah berani kerajaan itu penting dalam meningkatkan keselamatan dalam talian serta memperkukuh kawal selia ke atas penyedia perkhidmatan pesanan Internet serta media sosial.

“Selepas ia diluluskan di Parlimen, platform media sosial yang mempunyai pengguna lebih lapan juta, mereka perlu daftar dengan MCMC supaya diberikan lesen. Kita harap dengan adanya lesen maka kita (kerajaan) boleh kawal.

“Contohnya, seperti apa yang berlaku kepada Linda Tan, 60, yang terpedaya dengan sindiket di Facebook. MCMC boleh mengarahkan platform itu untuk menurunkan page yang dimiliki sindiket,” katanya dalam rakaman video.

Sementara itu, Tan berkata pada 31 Dis lepas, beliau menjadi mangsa penipuan sindiket yang menjual kuih nyonya di Facebook selepas menekan pautan aplikasi WhatsApp dan di arah memuat naik aplikasi lain bagi melihat harga dan pakej kuih berkenaan.

“Selepas itu, skrin telefon saya menjadi hitam dan dimaklumkan rakan bahawa telefon saya telah di hack kerana mereka menerima pesanan daripada saya (kononnya) mahu meminjam wang,” katanya dalam rakaman video yang sama.

Pada Rabu, Tencent (WeChat) telah diberikan ASP (C), menjadikannya penyedia perkhidmatan pertama dilesenkan di bawah keperluan pelesenan bagi  penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial selain WeChat, ByteDance (TikTok) juga berjaya memperoleh lesen mereka manakala Telegram di peringkat akhir proses pelesenan dan dijangka menerimanya dalam masa terdekat.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan