AM

Anwar Hulur Sumbangan Kepada Keluarga Tinggal Di Rumah Daif

31/01/2025 07:18 PM

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada keluarga Nik Faizu di Kampung Chengal Lempong, Kuantan, Pahang yang tinggal di sebuah rumah yang sudah teruk dimamah zaman.

Sumbangan berbentuk wang tunai dan bakul makanan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi bagi meringankan beban yang dihadapi keluarga berkenaan.

Menerusi catatan di Facebook hari ini, Ahmad Farhan berkata rumah berkenaan juga sudah tidak selamat didiami Nik Faizu bersama isteri dan enam anaknya untuk hidup dengan selesa.

“Insya-Allah, rumah keluarga Encik Nik juga akan dibaik pulih demi keselesaan mereka bersama.

“Semoga dengan bantuan ini, keluarga ini akan dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan lebih selesa,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan