PELABUHAN KLANG, 8 Mac (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa bersama warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Kapal Diraja (KD) Pahang dan KD Terengganu di Pangkalan TLDM di sini hari ini.
Sultan Sharafuddin yang juga Kepten Yang Dipertua TLDM disambut Panglima TLDM Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang Datuk Abd Hamid Hussain.
Pada majlis itu, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf dan keluarga warga TLDM yang menghidap penyakit kronik sebelum menyaksikan sunset ceremony iaitu upacara menurunkan bendera ketika matahari terbenam yang dilaksanakan di KD Terengganu.
Sultan Sharafuddin kemudian menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih bersama-sama kira-kira 300 warga TLDM.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial