AM

Ahli Juruukur Perlu Tingkatkan Mutu Perkhidmatan Seiring Perkembangan Teknologi

16/02/2025 12:16 PM

KOTA BHARU, 16 Feb (Bernama) -- Ahli juruukur dalam pelbagai bidang iaitu tanah, bahan, harta dan bangunan di seluruh negara perlu meningkatkan mutu perkhidmatan mereka seiring dengan perkembangan kemajuan teknologi baharu, termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI).

Pengerusi Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM) Cawangan Pantai Timur Fadzullah Suhaimi Abd Ghafar berkata hal ini penting kerana mengambil kira perubahan teknologi yang harus dipupuk dan diterapkan dalam profesion masing-masing.

Beliau berkata hasil pembentangan kertas kerja ahli akademik di Seminar Juruukur di Malaysia di sini hari ini dan esok, diharap dapat menjadi panduan kepada 100 ahli juruukur yang menghadiri seminar itu dalam meningkatkan lagi mutu profesion berkenaan.

“Kehadiran mereka (ahli juruukur) juga adalah bagi mendapatkan mata untuk memperbaharui lesen dalam bidang masing-masing tahun ini, walaupun mereka mempunyai pengalaman tetapi ia perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita pada seminar Profesion Juruukur di Malaysia, di sini hari ini, yang dirasmikan oleh Presiden RISM Dr Ahmad Sanusi Che Cob.

Hadir sama Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia Datuk Hazri Hassan yang turut menjadi pembentang kertas kerja bertajuk 'Geomatik: Merapatkan Jurang antara Profesional'.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan