KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) – Persatuan Internet Pelbagai Perkara Malaysia (MyIoTA) akan menganjurkan Persidangan dan Ekspo Hypernet-of-Things 2018 (HoT) pada 13-14 Nov ini, bagi pihak yang berkepentingan mengikuti perkembangan serta tawaran terbaharu dalam penyelesaian pembuatan dan automasi.
Persatuan itu dalam satu kenyataan, berkata penceramah dan ahli panel yang hadir merangkumi pakar-pakar ekosistem Internet Pelbagai Perkara (IoT), pembekal penyelesaian, pemudah teknologi dan pemimpin-pemimpin industri.
"Selain bertujuan mempromosikan inovasi tempatan serta menghubungkan bakat-bakat sedia ada dengan industri dan pengguna, kami juga mahu mewujudkan lebih banyak peluang bagi perniagaan IoT berkembang di negara ini sambil menarik lebih banyak pakar-pakar IoT dan sistem pengamir untuk kembali ke Malaysia.
"HoT 2018 akan menjadi pemangkin yang penting dalam merubah landskap ekonomi digital dan kami bekerja rapat dengan peserta industri untuk membangunkan ekosistem IoT yang berkembang maju," kata MyIoTA.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial