AM

Polis cari tiga lelaki bantu siasatan kes jenayah komersil

09/08/2019 06:31 PM

KUCHING, 9 Ogos (Bernama) -- Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes penipuan dan kes pemberi pinjaman tidak berlesen.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Supt Mustafa Kamal Gani berkata individu pertama yang dicari adalah Abg Nuzaren Abg Fauzi, nombor kad pengenalan 581206-13-5049, alamat terakhirnya No.1, Lot 5845, Jalan Depo Off Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, Petra Jaya.

“Individu ini dikehendaki bagi membantu siasatan kes penipuan tukar milik tanah di Kuching melibatkan jumlah kerugian melebihi RM500,000 yang berlaku di antara 2004 dan 2005,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata individu kedua yang dikehendaki polis adalah Jamarin Barin, nombor kad pengenalan 710716-13-6285, dan alamatnya terakhirnya No.9, Kampung Dagang Lundu, Lundu.

Katanya individu ini dikehendaki bagi membantu siasatan kes pelaburan ‘cicak tokek’ yang melibatkan kerugian RM300,000 antara 2012 dan 2017.

“Ong Ka Chun, nombor kad pengenalan 920908-13-5215, alamat terakhir, No.80, Lot 4811, Lorong 4A1, Taman Borneo, Jalan Lapangan Terbang Baru, dikehendaki bagi membantu siasatan kes pemberi pinjaman wang tidak berlesen yang dilaporkan pada bulan lepas,” katanya.

Mustafa berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga individu ini diminta menghubungi Pegawai Risikan/Operasi JSJK, Insp. Hamizan Ismail dengan menelefon 016-445 5695.

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan