AM

JAKOA hantar bekalan makanan kepada masyarakat Orang Asli Kampung Pasir Linggi

01/12/2019 04:22 PM

GUA MUSANG, 1 Disember -- Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menghantar pelbagai barangan makanan untuk keperluan lebih 300 orang daripada 96 keluarga masyarakat Orang Asli di Kampung Linggi hari ini.

Pengarah JAKOA Kelantan/Terengganu, Hashim Alang Abdul Hamid berkata ia berikutan penduduk di kampung tersebut tidak dapat keluar ke pekan Gua Musang selepas paras air Sungai Lebir meningkat secara mendadak akibat hujan lebat berterusan.

“Peningkatan paras air Sungai Lebir itu menyebabkan jambatan yang menghubungkan kampung penduduk dengan pekan Gua Musang ditenggelami air sekali gus menyebabkan mereka terperangkap sejak petang Jumaat lepas.

“Antara bekalan makanan yang dihantar termasuklah beras, gula, susu, biskut, minyak masak, teh, telur dan ikan sardin," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Hashim Alang berkata JAKOA juga telah mengagihkan bekalan makanan kepada masyarakat Orang Asli yang tinggal di pedalaman Gua Musang baru-baru ini dengan menggunakan bantuan daripada Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

"Sudah menjadi kebiasaan apabila tiba musim tengkukuh kita menghantar bekalan makanan lebih awal kepada mereka bagi mengelakkan suasana panik terutama apabila berlakunya banjir ataupun tanah runtuh di kawasan penempatan masyarakat Orang Asli.

“Saya juga menasihatkan mereka untuk segera berpindah jika arahan dikeluarkan oleh pihak berkuasa bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku,” katanya.

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan