KUALA LUMPUR, 21 Feb — Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Rozaidi Jamil hari ini adalah antara empat individu didakwa di Mahkamah di sini kerana membuat kenyataan berhubung COVID-19 di media sosial yang boleh menyebabkan kegentaran pada orang awam.
Pada 31 Jan lalu, Presiden Seniman itu, yang juga dikenali sebagai Zed Zaidi, hadir memberi keterangan lebih dua jam di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung tindakannya berkongsi berita palsu tentang jangkitan 2019 novel koronavirus di Cyberjaya.
Pelakon itu baru-baru itu berkongsi berita palsu berbunyi: Breaking News: All countries except Malaysia - All countries has banned Chinese tourist except Malaysia yang dimuatnaik menerusi akaun Facebook dan Twitternya.
Berita selanjutnya selepas ini.
— BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial