KUALA LUMPUR, 10 Mac -- Platform tiket dalam talian utama Malaysia, Ticket2U, merancang mengumpul dana berjumlah RM12 juta-RM20 juta untuk mengembangkan perniagaannya ke negara-negara Asia Tenggara lain, terutamanya Singapura, Indonesia dan Vietnam.
Pengasasnya, YC Chia berkata syarikat itu sedang mencari rakan kongsi strategik yang selari dengan ekosistemnya dan percaya dengan pelannya.
"Jika keadaan berjalan lancar di negara-negara ini, keuntungan dianggarkan berganda atau meningkat tiga kali ganda kerana populasi mereka lebih besar,” katanya dalam satu kenyataan.
Ticket2U juga menawarkan perkhidmatan tiket konsert bagi pemain utama dalam pasaran dan meneroka perkhidmatan pendaftaran di premis bagi pameran yang mana ia boleh menguruskan pendaftaran, daftar masuk dan malahan mencetak lencana acara dengan sistem pengurusan acaranya.
Rancangan lain yang dalam perancangan adalah pelancaran perkhidmatan tiket basnya pada suku ketiga 2020 yang termasuk 500 pengendali bas di Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam dan Indonesia.
Chia berkata ini merupakan peluang terbaik bagi pelabur untuk melabur dalam syarikat teknologi yang sedang pantas berkembang yang telahpun menempa namanya dalam industri tiket acara.
“Kami akan menumpukan kepada menjana keuntungan dalam tiket dalam talian dan pendaftaran di premis dan menyasar meningkatkan hasil kami kepada RM100 juta pada 2022,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial