AM

SIRIM sahkan seorang petugasnya positif COVID-19

11/03/2020 02:30 PM

SHAH ALAM, 11 Mac -- SIRIM Berhad (SIRIM) mengesahkan seorang daripada petugasnya di ibu pejabat di sini, positif COVID-19, semalam.

SIRIM menerusi kenyataannya hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu telah melaksanakan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan risiko virus itu merebak.

“Pekerja yang berhubung rapat dengan petugas yang dijangkiti itu juga telah menjalani ujian pengimbas seperti yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan dan telah melakukan kuarantin diri sendiri untuk selama 14 hari.

“Kawasan yang terjejas itu dan perkarangan awam telah melalui sanitasi. Kami juga mengambil langkah tambahan seperti menyediakan ubat pencuci tangan di kawasan awam dalam persekitaran bangunan SIRIM di sini dan di pejabat-pejabat SIRIM negeri.

“Semua pelawat dikehendaki melalui ujian pengimbas di semua tempat masuk serta kerap menjaga kebersihan dan menjauhi kawasan sesak trafik dan kawasan awam setiap hari,” menurut kenyataan itu.

Meskipun pejabat SIRIM di tempat lain belum lagi terjejas, syarikat telah mengambil langkah proaktif dengan mengambil langkah berjaga-jaga.

“Kami akan terus kekal berhati-hati dengan ancaman COVIS-19 serta mengambil langkah perlu bagi menjaga kepentingan petugas, pelanggan dan pemegang saham kami,” menurut kenyataan itu lagi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan