AM

Solat Jumaat di Perlis hari ini digantikan dengan Solat Zuhor di rumah - MAIPs

13/03/2020 05:48 PM

KANGAR, 13 Mac -- Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah solat Jumaat di seluruh negeri ini hari ini digantikan dengan solat Zuhor di rumah masing-masing.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), bertitah perintah Raja Perlis itu setelah mendapat pandangan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai perkembangan COVID-19, serta menerima panduan dan irshad daripada Jawatakuasa Fatwa Negeri Perlis.

“Bagi menjunjung titah perintah dan perkenan DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dengan ini memutuskan agar Solat Jumaat di seluruh Negeri Perlis pada tarikh 13 Mac 2020 digantikan dengan Solat Zuhor di rumah masing-masing,” titah baginda dalam satu kenyataan MAIPs, hari ini.

Baginda bertitah hal ini adalah rentetan daripada perkembangan terbaharu seperti yang telah dimaklumkan oleh KKM agar sebarang perhimpunan berskala besar termasuk aktiviti agama hendaklah dielakkan.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah pihak pengurusan masjid di seluruh Perlis hendaklah mengelakkan daripada melaksanakan sebarang perhimpunan awam berskala besar buat masa ini.

Baginda menasihati individu Muslim sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan