JOHOR BAHRU, 12 Mei -- Pengasas Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd Datuk Lambak Mohamed meninggal dunia pada pukul 9.15 pagi tadi di kediamannya di Larkin Jaya, di sini, hari ini.
Jenazah Allahyarham Lambak, 100, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kebun Teh kira-kira 12.30 tengah hari tadi, kata cucunya Amiza Abdul Aziz.
“Arwah tiada komplikasi penyakit, malah dia sihat sahaja sebelum ini,” katanya ketika mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.
Lambak meninggalkan balu Datin Rogayah Jusoh, 94, dan 12 cahaya mata.
Zara Foodstuff Industries merupakan pemegang francais produk kicap Habhal’s Cap Kipas Udang yang menjadi pilihan ramai.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial