Mayat Lelaki Tanpa Pengenalan Diri Ditemukan Di Kuala Kangsar

22/12/2024 10:47 PM

IPOH, 22 Dis (Bernama) -- Mayat seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan orang awam di  Sungai Kampung Punti, Padang Ampang dekat Kuala Kangsar hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Heisham Harun berkata pemeriksaan terhadap tubuh badan mangsa didapati tidak menunjukkan kesan kecederaan lain secara fizikal, yang boleh menjerumuskan kepada unsur-unsur jenayah.

Beliau berkata laporan polis berkenaan insiden itu diterima kira-kira 11 pagi tadi.

“Mayat lelaki itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Heisham berkata pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kes itu boleh menghubungi Ketua Polis Balai Kuala Kangsar Insp Wan Mohd Zakirudin Arifin di talian 013-3669469 atau 05-7762222.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan