PUTRAJAYA, 4 Jun -- Wabak COVID-19 dikategorikan di bawah Perkara 30, Jadual Pertama, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) iaitu “apa-apa jangkitan microbial yang mengancam nyawa", kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Menjawab dakwaan kononnya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak mengikut lunas undang-undang kerana COVID-19 tidak diwartakan di bawah akta itu, beliau berkata ia merupakan pandemik baharu yang berlaku di seluruh dunia.
"Pindaan kepada Jadual Pertama, Akta 342 bagi menyenaraikan wabak COVID-19 sebagai penyakit berjangkit perlu dibuat melalui kuasa menteri di bawah Seksyen 30, Akta 342," kata Dr Adham dalam satu kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial