AM

Pemandu dipercayai mabuk maut akibat pandu lawan arus

04/07/2020 05:08 PM

SHAH ALAM, 4 Julai -- Seorang lelaki yang dipercayai mabuk, maut setelah terlibat dalam kemalangan akibat memandu melawan arus di susur Lebuhraya Elite ke Lebuhraya Baru Lembah Klang menghala ke Subang, 2.30 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Supt Azman Shariat berkata, mangsa 25 tahun, dari Triang, Pahang cedera parah dan mati di tempat kejadian, setelah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya merempuh bahagian hadapan sebuah lori, yang melalui susur jalan yang sama.

“Akibat perlanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan, manakala pemandu lori yang berusia 45 tahun yang sedang dalam perjalanan dari Johor ke Pulau Pinang tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa dipercayai ada (mengambil) minuman keras berdasarkan bau alkohol yang kuat pada mangsa semasa siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 Azman berkata mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.

Siasatan kes di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sampel darah mangsa akan diambil untuk ujian dadah dan alkohol.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan