AM

Pusat kuarantin atau hotel jika tidak sesuai di rumah

16/07/2020 09:34 PM

PUTRAJAYA, 16 Julai -- Kementerian Kesihatan (KKM) akan melihat kemungkinan menempatkan individu yang pulang dari luar negara menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, di pusat kuarantin atau hotel.

Ketua Pengarah Kesihatan,Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pendekatan tersebut menyasarkan mereka yang pulang dari negara berisiko tinggi dijangkiti COVID-19 dan mereka yang tidak mempunyai persekitaran bersesuaian di rumah untuk dikuarantin.

“Kami melihat langkah itu tetapi yang lebih penting sebelum mereka pulang, mereka harus melakukan saringan COVID-19 tiga hari sebelum menaiki pesawat dan jika perlu kami akan mengulangi ujian semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Sekurangnya-kurang kami tahu mereka negatif sebelum menaiki pesawat,” katanya kepada pemberita pada taklimat media harian mengenai COVID-19, di sini, hari ini.

Katanya, mereka yang didapati positif akan diasingkan dan dihantar ke hospital.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata susulan jumlah kes baharu rendah dan kapasiti saringan COVID-19 di bawah tahap maksimum, kementerian akan meningkatkan saringan dalam kalangan 11 kumpulan sasaran dan melaksanakan persampelan secara rambang dalam komuniti berdasarkan lokaliti.

“Kajian menunjukkan peratusan kes yang dijangkiti dalam komuniti sangat rendah. Apabila amat rendah, kami perlu menyemak semula, mengambil beberapa langkah, menyusun semula dan merancang untuk menyasarkan komuniti,”  katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan