PADANG BESAR, 15 Ogos -- Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sedang meneliti cadangan agar semua media penyiaran menyiarkan lagu Negaraku dan bacaan Rukun Negara setiap 12 tengah hari.
Timbalan Menterinya Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata perkara itu diamalkan oleh beberapa negara dalam usaha mengindotrinasikan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat mereka.
"Kita mahu rakyat menghormati Rukun Negara, hormati negara dan mempunyai semangat patriotik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Merdeka@ Komuniti Peringkat Negeri Perlis, di sini hari ini.
Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata selain itu KKMM turut bercadang menyediakan Jalur Gemilang dan pin berbentuk bendera pada setiap program bagi membangkitkan semangat cintakan negara.
"Nilai patrotik adalah lebih penting daripada nilai belanja yang terpaksa dikeluarkan oleh kerajaan bagi memupuk semangat cintakan negara," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial